https://create.kahoot.it/share/kuiz-struktur-atom/fcd4e42f-28d9-4a48-9da1-d38aa83a7bd9
STRUKTUR ATOM KIMIA TINGKATAN 4
Tuesday, July 9, 2019
LAMAN UTAMA
2.0 STRUKTUR ATOM
2.3 MENSINTESIS STRUKTUR ATOM
Dlam sub tajuk ini, mengandungi 9 objektif pengajaran.
2.3.2 membanding dan membezakan jisim relatif dan cas relatif bagi proton, elektron dan neutron
Contoh:
Kaedah menulis nombor atom dan nombor jisim pada simbol unsur.
Dlam sub tajuk ini, mengandungi 9 objektif pengajaran.
2.3.1 Zarah-zarah Subatom:
- dalam suatom yang neutral, terdapat 3 zarah subatom; proton, neutron dan elektron.
- Cas relatif dan jisim relatif bagi tiga jenis zarah subatom itu diberi dalam jadual di bawah;ZarahSimbolCas RelatifJisim RelatifProtonp+11Neutronn01Elekrone-11/1840
- Proton dan neutron membentuk pusat bagi satu atom. Mereka digelar sebagai nukleon.
- Elektron bergerak mengelilingi nukleus dengan laju yang amat tinggi
- Satu atom yang neutral mempunyai bilangan elektron = bilangan proton .
- kerana cas negatif pada elektron dan cas potisif pada proton masing-masing meneutralkan antara satu sama lain. Contohnya, (+4) + (-4) = 0.
- Jika bilangan proton di dalam satu zarah lebih daripada bilangan elektron, zarah itu bercas positif.
- Jika bilangan elektron di dalam satu zarah lebih daripada bilangan proton, maka zarah itu bercas positif.
Contoh:
Bilangan proton
|
Bilangan electron
|
Cas
|
3
|
3
|
0
|
5
|
2
|
+3
|
9
|
10
|
-1
|
11
|
10
|
+3
|
16
|
18
|
-2
|
17
|
18
|
-1
|
20
|
18
|
+3
|
2.3.3 ; Mendefinisikan nombor proton & nombor nukleon
2.3.4 ; Menentukan nombor proton & nombor nukleon
2.3.5 ; Menghubungkaitkan nombor proton dan nombor nukleon
2.3.6 ; Menghubungkaitkan nombor proton dengan jenis unsur
2.3.7 ; Menentukan bilangan neutron, proton dan elektron daripada nombor proton dan nombor nukleon, dan sebaliknya
- Nombor proton ialah bilangan proton dalam nukleus suatu atom unsur itu.
- Nombor neukleon ialah jumlah bilangan proton dan bilangan neutron.
- (bilangan neukleon = jumlah bilangan proton + jumlah bilangan neutron)
- Di dalam satu atom, bilangan elektron = bilangan proton (kerana semua atom adalah neutral).
- Jisim satu atom = jumlah jisim proton + jumlah jisim neutron + jumlah jisim elektron.
- Bagaimanapun jisim elektron sangat kecil, maka ia boleh diabaikan. Oleh itu, kita boleh menganggap bahawa jisim satu atom = jisim atom relatif atom itu.
- Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara bilangan proton, neutron dan elektron dengan nombor proton dan nukleon.
Atom
|
Proton Number
|
Nucleon Number
|
Amount of Proton
|
Amount of electron
|
Amount of Neutron
|
Helium
|
2
|
4
|
2
|
2
|
2
|
Oxygen
|
8
|
16
|
8
|
8
|
8
|
Sodium
|
11
|
23
|
11
|
11
|
12
|
Chlorine
|
17
|
35
|
17
|
17
|
18
|
[Nota: dalam ion, jumlah proton adalah TIDAK SAMA dengan elektron]
Contoh 1
Unsur X mempunyai nombor proton 13 dan nombor nukleon 27. Berapakah bilangan proton, neutron, dan elektron dalam satu unsur X?
Jawapan:
Bilangan proton dalam atom X
= Nombor proton = 13
Bilangan elektron dalam atom X
= bilangan proton = 13
Bilangan neutron dalam atom X = Nombor nukleon - bilangan proton = 27 - 13 = 14
Unsur X mempunyai nombor proton 13 dan nombor nukleon 27. Berapakah bilangan proton, neutron, dan elektron dalam satu unsur X?
Jawapan:
Bilangan proton dalam atom X
= Nombor proton = 13
Bilangan elektron dalam atom X
= bilangan proton = 13
Bilangan neutron dalam atom X = Nombor nukleon - bilangan proton = 27 - 13 = 14
Contoh 2
Atom unsur Y mengandungi 22 neutron dan 18 elektron. Berapakah nombor proton dan nombor nubleon bagi unsur Y?
Jawapan:
Dalam atom neutral Y, bilangan proton = bilangan elektron = 18
Jadi nombor proton unsur Y = bilangan proton = 18
Nombor nukleon unsur Y = Bilangan proton + bilangan neutron = 40
Atom unsur Y mengandungi 22 neutron dan 18 elektron. Berapakah nombor proton dan nombor nubleon bagi unsur Y?
Jawapan:
Dalam atom neutral Y, bilangan proton = bilangan elektron = 18
Jadi nombor proton unsur Y = bilangan proton = 18
Nombor nukleon unsur Y = Bilangan proton + bilangan neutron = 40
2.3.8 ; Menulis simbol unsur
Kaedah menulis nombor atom dan nombor jisim pada simbol unsur.
35 17 Cl
Nombor nukleon ditulis di bahagian atas sebelah kiri manakala nombor proton ditulis di bahagian bawah sebelah kiri simbol atom unsur.
2.3.9 ; Membina struktur atom
SUSUNAN ELEKTRON DALAM ATOM
- Dalam model atomnya, Neils Bohr mencadangkan bahawa elektron mesti berada di dalam orbit yang mempunyai tenaga tertentu yang dinamakan sebagai petala.
- Setiap petala boleh diisi oleh bilangan elektron yang terhad.
- Misalnya, petala pertama maksimumya boleh diisi oleh 2 elektron, petala kedua boleh diisi oleh 8 elektron dan petala ketiga boleh diisi oleh 18 elektron.
- Bagaimanapun, petala ketiga mencapai kestabilan maksimum apabila is diisi oleh 8 elektron. Oleh itu elektron ke-9 dan ke-10 akan diisi ke dalam petala keempat, dan bukan di dalam petala ketiga (Sila rujuk kepada susunan elektron argon, kalium dan kalsium dalam jadual di bawah..
- Susunan elektron bagi sesuatu atom ialah suatu susunan elektron yang menunjukkan bagaimana elektron-elektron dalam satu atom unsur ditempatkan dalam petala-petala yang mengelilingi nukleus.
- Contoh-contoh di bawah menunjukkan bagaimana elektron-elektron disusun bagi unsur-nunsur tertentu.
- Susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala dapat ditulis dengan mengikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Petala-petala elektron yang mengeliling nukleus dilabelkan dengan 1,2,3,4 atau K,L,M,N … mulai daripada petala yang terdekat degnan nukleus.
Langkah 2: Isikan petala yang terdekat
Langkah 3: Elektron diisi mengikut hadnya.
Petala 1 : 2 elektron
Petala 2 : 8 elektron
Petala 3 : 8 elektron
Petala 4 : …..
Langkah 2: Isikan petala yang terdekat
Langkah 3: Elektron diisi mengikut hadnya.
Petala 1 : 2 elektron
Petala 2 : 8 elektron
Petala 3 : 8 elektron
Petala 4 : …..
Atom
|
Nota
|
Susunan Elektron
|
6 3 Li
|
1. Litium mempunyai 3 proton, 3 neutron dan 3 elektron.
2. Ketiga-tiga elektron disusun mengikut cara berikut:
· 2 elektron diisi dalam petala pertama.
· 1 elektron diisi dalam petala kedua.
· Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.1
|
2.1
|
35 17 Cl
|
1. Klorin mempunyai 17 proton, 18 neutron dan 17 elektron.
2. Elektron-elektronnya disusun mengikut cara berikut:
· 2 elektron diisi dalam petala pertama.
· 8 elektron diisi dalam petala kedua.
· 7 elektron diisi dalam petala ketiga
· Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.8.7
|
2.8.7
|
40 20 Ca
|
1. Kalsium mempunyai 20 proton, 20 neutron dan 20 elektron.
2. Elektron-elektronnya disusun mengikut cara berikut:
· 2 elektron diisi dalam petala pertama.
· 8 elektron diisi dalam petala kedua.
· 8 elektron diisi dalam petala ketiga
· 2 elektron diisi dalam petala keempat
|
2.8.8.2
|
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
- Menyatakan zarah-zarah utama subatom
- Membanding dan membezakan jisim relatif dan cas relatif bagi proton, elektron dan neutron
- Mendefinisikan nombor proton & nombor nukleon
- Menentukan nombor proton & nombor nukleon
- Menghubungkaitkan nombor proton dan nombor nukleon
- Menghubungkaitkan nombor proton dengan jenis unsur
- Menulis simbol unsur-unsur
- Menentukan bilangan neutron, proton dan elektron daripada nombor proton dan nombor nukleon, dan sebaliknya
- Membina struktur atom
Subscribe to:
Posts (Atom)